Razzi Rahman ~ NotaCinta.com


star Razzi Rahman Soal & Jawab”star Razzi Rahman



1. Apakah itu "Program Affiliate NotaCinta.com"?
Program affiliate NotaCinta.com membolehkan anda mempromosikan "Koleksi 3 ebuku Cinta Popular karya Razzi Rahman @ Brother Love" kepada orang ramai dan sekiranya terdapat jualan, anda akan menerima komisyen sebanyak RM10 untuk setiap jualan.


2. Bagaimanakah saya boleh promosikan Koleksi 3 ebuku Cinta ini?
Kebiasaannya anda promosikan ebuku ini di laman web anda, atau di blog anda.
Anda juga boleh mempromosikan melalui kaedah lain seperti email, forum, chatroom, myspace, friendster dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingat bahawa anda perlu promosi secara beretika (tidak spam), kerana promosi membuta akan mengakibatkan orang ramai tidak selesa dengan perbuatan anda.


3. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat komisyen?
Selepas anda mendaftar program affiliate NotaCinta.com secara percuma, anda terus Login ke akaun anda, dan anda boleh dapatkan link, text link dan juga banner link. Guna kan link ini di laman web, blog, email dan lain lain tempat untuk mempromosi Koleksi Ebuku Cinta ini

Sekiranya seseorang klik pada link tersebut, dia akan dibawa ke laman web Koleksi Ebuku Cinta. Sekiranya dia melakukan belian, anda akan mendapat komisyen RM10.


4. Saya tidak tahu menggunakan link/ text link/ banner link. Bagaimana?
Caranya mudah sahaja. Di dalam akaun affiliate anda, di bahagian kiri, di bawah MARKETING MATERIAL, ada tertulis Banner, Text Links, Html ads, Text Ads dan sebagainya. Anda hanya perlu copy & paste kod HTML yang diberikan ke laman web atau blog anda sahaja.

Manakala, gunakan link anda yang tertulis di atas sekali di sebelah kanan, yang seperti : http://www.notacinta.com/idevaffiliate/[ID ANDA] untuk email, forum, chatroom dan sebagainya. Sekali lagi, kami mengingatkan untuk anda promosi dengan cara berhemah & beretika supaya tidak menganggu keselesaan pengguna Internet lain.


5. Saya tidak mempunyai laman web atau blog dan ingin promosi menggunakan email kepada rakan-rakan saya. Apa yang perlu saya buat?
Anda boleh menulis email kepada kenalan anda seperti ini (CONTOH):

=============================

Hi Ina,

Hari tu I teringat you cerita yang you begitu kesunyian dan ada masalah cinta. Saja nak bagi tau you yang penyanyi Razzi Rahman tu dah banyak membantu orang dalam persoalan cinta tau. You boleh lihat di sini:

http://www.notacinta.com/idevaffiliate/[ID ANDA]

Banyak tip-tip cinta yang I fikir memang boleh membantu dalam ebuku-ebuku cinta dia. Cukup berguna untuk kita tau.

Ikhlas,
Shasya

=============================

Ini adalah contoh email antara Ina & Shasya. Email terbaik adalah berbentuk one-on-one seperti ini.

Penting: Anda di larang menghantar SPAM. SPAM bermaksud menghantar email membuta kepada senarai nama dan alamat email yang anda sedia tidak kenal. Sekiranya anda melakukan spam, akaun anda akan di gantung dan bayaran akan dihentikan.

Ini kerana SPAM adalah salah disisi undang-undang siber dan merupakan perbuatan yang tidak beretika. Kami mengambil tindakan yang keras keatas spammers. Hanya hantar email promosi kepada kenalan anda atau mereka di dalam mailing list anda sahaja (sekiranya anda memiliki mailing list sendiri)



6. Sekiranya seseorang klik pada link saya dan membuat belian Koleksi Ebuku Cinta, apa akan jadi?
Tahniah, kami akan membayar anda RM10! Kami akan lakukan bayaran terus ke bank akaun anda. Jadi, pastikan anda mengisi ruang maklumat bank anda


7. Bila saya akan di bayar?
Bayaran di lakukan pada 1hb setiap bulan apabila jumlah komisyen anda adalah RM20 atau lebih (minimum RM20). Anda juga boleh tentukan sama ada anda inginkan bayaran pada RM20, RM50, RM100 atau seterusnya. Asalkan, minimum untuk kami lakukan bayaran adalah RM20.


8. Bagaimanakah cara terbaik untuk saya promosikan Ebuku Cinta ini untuk mendapat pendapatan maksima?
Cara terbaik dan terbukti adalah dengan anda membaca dahulu Koleksi Ebuku Cinta ini. Anda boleh dapatkannya di http://www.notacinta.com/ebuku.html

Kemudian, anda lakukan review atau ulasan atau testimonial ikhlas mengenai Koleksi 3 eBuku Cinta Popular oleh Razzi Rahman ini. Orang ramai akan mendapat manfaat dari maklumat yang anda berikan dan mereka akan klik pada link anda. Oleh kerana review/ulasan dan testimonial anda adalah positif dan sangat berinformatif (hopefully hehe) maka, anda lebih berpeluang membuat sales.


9. Apakah jaminan bahawa saya akan di bayar komisyen atas setiap jualan Koleksi EBuku Cinta ini?
Program affiliate NotaCinta.com ini dikendalikan oleh syarikat Razzi Rahman Productions yang dimiliki oleh seorang usahawan berjaya, anak didik Jutawan Internet Irfan Khairi sendiri. Satu nama yang sedia dikenali dengan kredibiliti & kualiti sejak 2005 dalam arena perniagaan Internet.

Malah, Razzi Rahman juga adalah seorang selebriti dan penyanyi popular tanahair sejak 10 tahun dan kini bersama-sama di dalam satu kumpulan bersama Irfan Khairi. Pihak kami mengalu-alukan ramai orang seperti anda untuk mempromosikan Koleksi Ebuku Cinta ini.

Apabila kami membayar anda, anda akan lebih bersemangat untuk mempromosi produk kami. Bila anda lagi bersemangat, kami pula dapat menambahkan jualan ebuku Cinta ini. Jadi, ianya adalah win-win situation, di mana, kami semestinya akan membayar komisyen untuk memastikan anda gembira, dan bila anda gembira, jualan kami pula bertambah :)


10. Apakah syarat-syaratnya untuk saya menyertai program affiliate NotaCinta.com?
Buat masa ini, syaratnya adalah anda perlu mempunyai akaun bank tempatan (Malaysia) untuk kami membuat bayaran kepada anda! Penyertaan menjadi affiliate adalah percuma.


OK! Saya sudah faham dengan program ini dan saya ingin sertai secara percuma. Apa perlu saya lakukan?

Mudah sahaja... Daftar secara percuma di sini Mulakan perniagaan affiliate anda sekarang!

*Sekiranya anda masih tidak faham dengan program affiliate, hantarkan soalan anda kepada info@notacinta.com*